Assalamualaikum..selamat berjumpa kembali warga blogger sekalian :)
okay..macam first entry hari tu..saya telah memperkenalkan latar belakang diri saya dan juga tahap penglibatan saya dalam duni blog ini. Oleh itu, pada entry kali ini saya akan menyatakan tujuan saya membangunkan blog sehingga mampu menarik lagi ramai pembaca blog untuk singgah ke blog saya serta mengikuti setiap perkembangan yang di dalamnya. Tujuan utama blog ini dihasilkan adalah untuk mengetengahkan usahawan -usahawan berjaya di Malaysia yang mana kebanyakkannya telah menempa nama di dalam negara mahupun pada peringkat antarabangsa.
selain itu, blog ini juga adalah untuk memenuhi tugasan yang telah diberikan dalam subjek Kemahiran dan Gelagat Usahawan ( BPME 2013 ) untuk lebih mengenali individu yang telah berjaya dalam perniagaan dan juga kehidupan mereka. Di samping itu, tugasan ini juga turut menggalakan saya untuk mengenalpasti faktor pendorong dan strategi yang digunakan oleh usahawan - usahawan ini serta artikel - artikel berkaitan dengan pembangunan keusahawanan . Antara usahawan yang saya pilih ialah Datuk Yusuf Taiyoob, Tan Sri Tony Fernandez, Datuk Habib, Irfan Khairi, dan lain-lain lagi. Justeru itu, hal ini secara tidak langsung memberi impak kepada diri saya sama ada luaran atau dalaman seperti faktor motivasi, mencari peluang, mengembangkan idea dan lain -lain sebagai satu batu loncatan kepada saya untuk lebih mendalami perkara yang berkaitan dengan bidang perniaagan dan keusahawanan.
oleh itu, beberapa orang usahawan akan saya ketengahkan pada entry yang seterusnya berkaitan dengan maklumat peribadi dan juga faktor kejayaan mereka.
oleh itu, beberapa orang usahawan akan saya ketengahkan pada entry yang seterusnya berkaitan dengan maklumat peribadi dan juga faktor kejayaan mereka.
No comments:
Post a Comment